Tuesday 21 February 2012

Uji Minda

SYIRIK & JUDI


Apakah pandangan anda tentang video di atas?? Pada fikiran anda mengapakah mereka melakukan perkara sebegini? Bagaimana cara untuk mengatasinya?

Friday 23 December 2011

Latihan

1. Erti Islam pada bahasa:
(a) tunduk & patuh    (b) redha & selesa    (c) segar & aman    (d) damai & rela

2. Berapa perkara Rukun Islam?
(a) 4    (b) 8    (c) 6    (d) 5

3. Rukun Islam ialah :
(a) solat 5 waktu, mengerjakan haji, puasa ramadhan & sedekah.
(b) mengucap shadah, membaca Al-Quran, mengeluarkan zakat, solat, berzikir & berpuasa.
(c) mengucap 2 kalimah shadah, solat 5 waktu, berpuasa, mengeluarkan zakat & mengerjakan haji.
(d) mengucap 2 kalimah shadah, solat 3 waktu, berpuasa, mengeluarkan zakat,sedekah & mengerjakan haji.

4. Mengucap 2 kalimah shahadah ialah :
(a) mengaku tiada tuhan selain Allah dalam hati sahaja.
(b) mengaku tiada tuhan selain Allah dan & Nabi Muhammad suruhan Allah dengan hati, lisan & perbuatan.
(c) mengaku tiada tuhan selain Allah dan & Nabi Muhammad suruhan Allah dengan lisan & perbuatan.
(d) mengaku Nabi Muhammad suruhan Allah dengan hati, lisan & perbuatan.

5. Erti Iman pada istilah.
(a) Membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lidah dan diamalkan dengan jasad.
(b) Membenarkan dengan hati dan diucapkan dengan lidah.
(c) Diucapkan dengan lidah dan diamalkan dengan jasad (anggota lahir).
(d) Kepercayaan yang jitu.

6. Rukun2 Iman ialah .................
(a) beriman kepada Allah, malaikat, akhirat,kitab, rasul & qada' dan qadar.
(b) beriman kepada Allah, malaikat, rasul, akhirat & qada' dan qadar.
(c) beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, akhirat & qada' dan qadar.
(d) beriman kepada Allah, malaikat, rasul & qada' dan qadar.

7. Kitab yang wajib diimani kecuali..
(a) Al-Quran
(b) Zabur
(c) Injil
(d) Bible

8. Apakah erti Qada' dan Qadar?
(a) Qada' = ketentuan  Qadar = pelaksanaan
(b) Qada' = pelaksanaan  Qadar = ketentuan
(a) Qada' = takdir  Qadar = ketentuan
(a) Qada' = pelaksanaan  Qadar = takdir

9. Rasul Ulul Azmi ada .............
(a) 6
(b) 5
(c) 25
(d) 4

10. Tugas malaikat adalah seperti berikut, kecuali...
(a) Raqib = mencatat kebaikan
(b) A'tid = mencatat keburukan
(c) Malik = menjaga syurga
(d) Israfil = meniup sangkakala


( *sila jawab dalam respon anda, terima kasih )

Friday 16 December 2011

Thursday 15 December 2011

Isi Kandungan

ASAS AGAMA ISLAM

1. Rukun Islam
2. Rukun Iman
3. Ihsan

Objektif Pembelajaran

1. Dapat memahami dan menyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.
2. dapat mengetahui serta memahami Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan.

Tujuan Utama blog dihasikan

       Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah untuk tujuan pendidikan mengenai asas dalam Agama Islam sebagai rujukan dan ilmu pengetahuan matapelajaran tauhid. ia adalah bagi mendedahkan mengenai asas Agama Islam yang perlu ada pada setiap orang muslim sebagai panduan hidup bagi menambahkan dan memantapkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Saturday 3 December 2011

ASSALAMMUALAIKUM...



SELAMAT DATANG KE BLOG ASAS AGAMA ISLAM

 Semoga di dalam blog ini kita dapat bersama-sama berkongsi ilmu tentang asas agama Islam agar kita lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah. Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan inayah daripada Allah. Amin....