Pengertian Ihsan
Ihsan itu ialah bahawa "kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."
(Pengertian berdasarkan hadith riwayat Muslim daripada Umar bin Khattab) Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman
Ihsan berasal dari kata حَسُنَ yang artinya adalah berbuat baik, sedangkan bentuk masdarnya adalah اِحْسَانْ, yang artinya kebaikan. Allah SWT berfirman dalam Al-Qur`an mengenai hal ini.
Jika kamu berbuat baik, (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri…” (al-Isra’: 7)
“…Dan berbuat baiklah (kepada oraang lain) seperti halnya Allah berbuat baik terhadapmu….” (al-Qashash:77)
Ibnu Katsir mengomentari ayat di atas dengan mengatakan bahwa kebaikan yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah kebaikan kepada seluruh makhluk Allah SWT.
Daripada erti Ihsan seprti diatas dapat disimpulkan bahawa ihsan ialah melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul, cara terbaik, mengikut peraturan dan ikhlas kerana Allah Ta'ala. Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia serta menjadikan kehidupan selesa dan aman. dengan menghayati sifat ihsan seseorang akan sentiasa menyakini gerak-gerinya diperhatikan dan diketahui oleh Allah.
Dalil Ihsan
Hadis Rasulullah S.A.W
Maksudnya :
"Berkata ia (Jibrail) berilah tahu kepada ku tentan ihsan" Nabi S.S.W menerangkan: "(ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada ALLAH S.W.T seolah-olah engkau melihatnya sekiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa ALLAH S.W.T tetap melihat serta memerhatikan keadaan mu"
(Riwayat Muslim)
Jazakallahu khairan.
ReplyDelete